Hukum Sihir

Posted by Alzasha Illiyyin Zainal Alam Thursday 25 June 2009

Alhamdulillah. Solatan wasalaman 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wasahbihi wa man sara 'ala nahjihi wa man walah. Amma ba'd.

Sihir adalah termasuk dalam tujuh dosa besar yang disenaraikan oleh nabi sallallah alaihi wasallam yang mesti dijauhi. Sabda baginda:


اجتنبوا السبع الموبقات. قالوا يا رسول لله وما هن؟ قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التي حرم الله الا بالحق واكل الربا واكل مال اليتيم والتولى يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات المؤمنات

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallah alaihi wasallam telah bersabda: “Jauhkanlah diri kamu dari tujuh perkara yang membinasakan. Mereka ( sahabat ) bertanya: Apakah perkara-perkara itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Menyukutukan Allah( syirik ), sihir, membunuh jiwa manusia yang diharamkan Allah kecuali dengan perkara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita-wanita mukminah yang suci ( dengan tuduhan dusta ) ” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sabda baginda lagi:


من عقد عقدة ثم نفث فيها فقد سحر ومن سحر فقد اشرك ومن تعلق بشيء وكل اليه

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallah alaihi wasallam telah bersabda: “ Sesiapa yang menyimpulkan satu simpulan kemudian meniupkan padanya maka dia telah melakukan sihir, dan sesiapa yang melakukan sihir maka dia melakukan syirik, dan sesiapa yang bergantung kepada sesuatu maka akan diserahkan kepadanya”

Telah berkata Imam an-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Muslim: ‘Perbuatan sihir itu adalah haram dan ianya termasuk dosa-dosa besar secara Ijma’. Nabi telah menyenaraikannya dalam tujuh dosa yang besar.

0 comments

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark