Alhamdulillah. Solatan wasalaman 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wasahbihi wa man sara 'ala nahjihi wa man walah. Amma ba'd.

Ulama berselisih pendapat tentang hukum yang perlu dikenakan terhadap pengamal sihir atau tukang sihir. Berkata Abu Bakar al-Jassos: ‘ Telah bersepakat ulama salaf atas wajibnya membunuh tukang sihir, sebahagiannya menjelaskan ini adalah disebabkan kekufurannya kerana sabda Nabi sallallah alaihi wasallam yang bermaksud:

‘ Sesiapa yang mendatangi tukang tilik, tenung nasib atau ahli sihir lalu dia membenarkannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad’.

Manakala ulama Feqh juga turut berselisih pendapat tentang perkara ini. ( Tafsir Ayat al-Ahkam Lissobuni )

Diriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah telah berpendapat: Tukang sihir itu hendaklah dibunuh sekiranya diketahui dia mengamalkan sihir tanpa perlu diberi peluang supaya bertaubat ( istitabah ). Dan tidaklah diterima dakwaannya: ‘Saya telah meniggalkan sihir dan telah bertaubat’. Sekiranya dia mengaku maka halallah darahnya, begitu juga hukumnya terhadap hamba yang muslim dan kafir Zimmi sekiranya mereka
membuat pengakuan mengamalkan sihir.

Kata Ibn Syuja’: Maka dihukum terhadap pengamal sihir lelaki atau perempuan itu sebagai murtad.

Diriwayatkan pula dari Imam Malik berkenaan dengan seorang muslim jika dia mengamalkan sihir maka hendaklah dihukum bunuh tanpa perlu diberi peluang supaya bertaubat ( istitabah ). Ini adalah disebabkan seorang muslim itu jika batinnya murtad maka tidaklah diketahui taubatnya dengan zahir keislamannya ( maka dia dihukum bunuh ). Sementara ahli sihir dari kalangan ahli kitab tidaklah dihukum bunuh di sisi Malik kecuali dia memudaratkan muslimin.

Sementara Imam as-Syafii pula berpendapat: ‘ Tidaklah dia menjadi kufur dengan sihirnya itu. Sekiranya dia membunuh dengan menggunakan sihirnya itu dan katanya: ‘Sihirku ini memang dapat membunuh’ maka dia dihukum bunuh ( qisas ). Sekiranya dia berkata: ‘ Sihirku adakalanya boleh membunuh dab adakalanya tidak menjadi maka dia dihukum dengan membayar diyat ’. ( Tafsir Ayat al-Ahkam Lissobuni )

Sementara itu di dalam Nailul Authar dinukilkan pendapat beliau: ‘ Ahli sihir itu dibunuh apabila sihirnya itu boleh menyebabkan kekufuran’

Imam Ahmad berpendapat: Dia tetap menjadi kufur dengan sihirnya itu samada dia melakukan pembunuhan dengan sihirnya itu atau tidak. Berkenaan samada taubatnya diterima atau tidak terdapat dua riwayat di sisi Hanabilah. Manakala ahli sihir dari kalangan ahli kitab, mazhab ini bersependapat dengan Malik iaitu tidaklah dihukum bunuh kecuali dia memudaratkan muslimin.

Alhamdulillah. Solatan wasalaman 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wasahbihi wa man sara 'ala nahjihi wa man walah. Amma ba'd.

Sihir adalah termasuk dalam tujuh dosa besar yang disenaraikan oleh nabi sallallah alaihi wasallam yang mesti dijauhi. Sabda baginda:


اجتنبوا السبع الموبقات. قالوا يا رسول لله وما هن؟ قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التي حرم الله الا بالحق واكل الربا واكل مال اليتيم والتولى يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات المؤمنات

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallah alaihi wasallam telah bersabda: “Jauhkanlah diri kamu dari tujuh perkara yang membinasakan. Mereka ( sahabat ) bertanya: Apakah perkara-perkara itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Menyukutukan Allah( syirik ), sihir, membunuh jiwa manusia yang diharamkan Allah kecuali dengan perkara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita-wanita mukminah yang suci ( dengan tuduhan dusta ) ” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sabda baginda lagi:


من عقد عقدة ثم نفث فيها فقد سحر ومن سحر فقد اشرك ومن تعلق بشيء وكل اليه

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallah alaihi wasallam telah bersabda: “ Sesiapa yang menyimpulkan satu simpulan kemudian meniupkan padanya maka dia telah melakukan sihir, dan sesiapa yang melakukan sihir maka dia melakukan syirik, dan sesiapa yang bergantung kepada sesuatu maka akan diserahkan kepadanya”

Telah berkata Imam an-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Muslim: ‘Perbuatan sihir itu adalah haram dan ianya termasuk dosa-dosa besar secara Ijma’. Nabi telah menyenaraikannya dalam tujuh dosa yang besar.

Alhamdulillah. Solatan wasalaman 'ala Rasulillah, wa 'ala alihi wasahbihi wa man sara 'ala nahjihi wa man walah. Amma ba'd.

Setakat ini saya tidaklah menemui adanya nas larangan memotong rambut atau kuku dari al-Quran mahupun as-Sunnah bagi wanita haidh.

Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ketika ditanya tentang permasalahan ini maka beliau menjawab :

“ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : "buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)" maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi) justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark